|
|
| Q: |
Saya berumur 38 tahun. Berkahwin dengan 4 orang anak. Mempunyai masalah darah tinggi semenjak berusia 21 tahun disebabkan factor keturunan. Bekerja di bahagian pejabat. Seringkali saya merasa letih dan lesu. Apakah produk yang sesuai bagi mengawal darah tinggi dan memperbaiki peredaran darah.
|
| A: |
Hi Sham, Anda boleh mencuba produk seperti berikut: (a) Celgynic: Menurunkan kandungan lemak darah dan kolesterol, melancarkan peredaran darah dan mengelakkan penyakit kardiovaskular. Herba tradisional seperti Cordyceps, Ginseng, Ganoderma dan lain-lain baik untuk meningkatkan sistem imunisasi manusia, turut menjamin kesihatan dan daya tenaga. Nota: Perlu menjaga tabiat pemakanan seharian iaitu, kurangkan makanan berlemak, makan lebih banyak sayuran dan buah-buahan, menjalani senaman, kurangkan tekanan dan memastikan tidur yang cukup. (b) Hai-O Garam Buluh (Premier Drink): Garam buluh mengandungi unsur-unsur mineral yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan badan. Selain itu, magnesium dan kalium dalamnya baik untuk membantu memperbaiki keadaan tekanan darah tinggi. Cara pengambilan: (i) Pagi & malam (sebelum makan/ kosong perut): minum air garam buluh (200 ml/ sachet). (ii) Masakan: guna Garam Buluh (Premier Cooking Salt Powder) (iii) Masukkan lebih kurang ½ sudu teh kecil ke dalam mulut supaya garam larut perlahan-lahan dalam mulut. Pratikkan beberapa kali sehari untuk kesan yang lebih baik. |
| .................................................................................................................................................................. |
|
| Q: |
Hai... saya sudah baca berkenaan 'air' dari filter bio aura yang terbaru. Soalan saya bolehkah pesakit yang telah menjalani hemodialisis selama 10 tahun meminum air ini? Apakah kesan baik dan kesan buruk terhadapnya? Tolong terangkan secara terperinci..tq |
| A: |
Sekiranya pesakit telah menjalankan dialisis, adalah dinasihatkan supaya meminum air bio aura dengan kadar sukatan yang telah dinasihati oleh doktor. Meminum air bio aura adalah lebih baik untuk pesakit ini, kerana tahap kealkalian air yang tinggi dan tidak mengandungi klorin serta semua logam berat telah ditapis sepenuhnya. Selain dari menapis logam berat, bio aura, mengekalkan mineral semulajadi air. Pesakit buahpinggang biasanya dihadkan meminum air, sekiranya beliau meminum air masak atau air r.o. yang tidak mempunyai mineral, pesakit akan berasa letih, air bio-aura yang bermineral akan membantu menstabilkan nutrien, disamping memudahkan penyerapan nutrien kedalam sel. Adalah dinasihatkan pesakit mengamal meminum air bio aura mengikut sukatan yang dinasihatkan oleh doktor, disamping mengamalkan pengambilan "Garam buluh Hai-O" yang telah berjaya membantu begitu ramai pesakit buah pinggang. Kami mendoakan kesihatan pesakit akan bertambah baik, insyaallah. |
| .................................................................................................................................................................. |
|
| Q: |
Hi...susulan daripada soalan saya berkenaan kesan air bio aura kepada pesakit dialisis iaitu ayah saya sendiri yang telah 10 tahun menjalani hemodialisis. Apabila dia minum air itu dia dapati keadaan badannya makin berisi/kembang sehinggakan cincin yang biasa dia pakai tak muat. Tetapi bila ayah saya timbang dengan mesin penimbang biasa yang ada kat rumah, berat badannya tak bertambah. Kenapa? Apabila badannya menjadi berisi ini menyebabkan dia takut minum air bio aura itu lagi kerana takut terjadinya sesak nafas. Apa yang perlu saya katakan (advice) supaya dia terus minum air itu. Dan bagaimana kesan Garam Buluh Hai-O ke atas pesakit hemodialisis? Tolonglah jelaskan...TQ |
| A: |
Punca hemodialisis adalah disebabkan oleh penyakit ginjal. Penyakit ginjal juga mungkin disebabkan oleh penyakit kencing manis (diabetes) yang bertahun-tahun lama, atau penyakit tekanan darah tinggi yang lama atau juga disebabkan oleh masalah sakit prostat dan sebab-sebab yang lain. Biasanya, orang yang menjalani hemodialisis tidak digalakkan untuk minum air yang terlalu banyak. Ini adalah kerana fungsi buah pinggang sudah lemah atau tidak dapat berfungsi untuk membersihkan darah dan membuangkan air (kencing) melalui sistem pembuangan air kencing. Jadi, sebelum menjalani hemodialisis, air berlebihan akan tertinggal dalam sel-sel badan dan menyebabkan badan semakin berisi tetapi berat badan tidak bertambah. Sungguhpun air Bio-Aura baik untuk menjaga kesihatan badan seseorang, tetapi untuk pesakit penyakit ginjal, dia perlu mengurangkan sukatan air yang diminum. Sesak nafas yang dialami juga disebabkan oleh masalah air yang berlebihan yang terkumpul dalam sel badan. Jika boleh, pesakit juga digalakkan untuk membuat senaman ringan (berjalan-jalan di kawasan rumah). Biarpun minum air Bio-Aura, tetapi pesakit penyakit ginjal masih perlulah meneruskan rawatan dialisis untuk membantu badan menyingkirkan air. Garam buluh dapat mengimbangkan kadar elemen mikro dengan mengekalkan bahan mineral keperluan badan kita. Keseimbangan antara kalium & natrium dapat mengurangkan keadaan badan berisi/ kembang. Ini adalah kerana garam buluh mengandungi pelbagai garam organik untuk mengekalkan keseimbangan mineral badan untuk mengurangkan keadaan badan berisi. Untuk pesakit penyakit ginjal, pengambilan air mestilah mengikut sukatan yang sesuai (perlu mengikut nasihat doktor). Garam buluh boleh diambil mengikut sukatan yang sesuai. Sebaiknya bermula dengan menggunakan Bamboo Salt (Premier Cooking Salt Powder) untuk memasak lauk pauk. Kandungan garam yang tertentu dikekalkan dalam badan untuk mengekalkan fungsi-fungsi badan yang normal.
|
| .................................................................................................................................................................. |
|
| Q: |
Saya berumur 30 tahun, telah 5 tahun berkahwin, tidak menjalankan pencegahan hamil, tetapi sampai hari ini masih tidak dikurniakan cahaya mata. Adakah Beijing Tezhi Bai Feng Wan dapat mengatasi masalah ini? |
| A: |
Pertama, anda harus menjalankan pemeriksaan badan yang terperinci, bersama dengan suami anda (kerana 40% masalah kemandulan berpunca daripada pihak lelaki). Jika tiada masalah bagi kedua-dua pihak, saya mencadangkan anda mengambil Tezhi Bai Feng Wan manakala suami anda boleh mengambil Euryco. Ini akan menambahkan kebarangkalian kehamilan anda. |
| .................................................................................................................................................................. |
|
|
|
|
|
Hak Cipta HAI-O MARKETING SDN BHD 2010. Hak Cipta Terpelihara.
Wawasan Hai-O , Batu 3 ¼, Jalan Kapar, 41400 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
|