Acara Terdahulu

SEBELUMNYA
Min Kaffe Menang Anugerah “BrandLaureate SMEs Best Brands Award” - 28 Mar 2019

 

MIN KAFFE MENANG ANUGERAH THE BRANDLAUREATE SMES BESTBRANDS 

Min Kaffe, produk terlaris Sahajidah Hai-O Marketing dan telah lama mendapat tempat di hati penggemar kopi membuktikan keunggulannya dengan memenangi anugerah berprestij The BrandLaureatte SMEs BestBrands Awards di bawah kategori Most Established Brand Awards, BestBrands in Consumer - Premium Coffee baru-baru ini.

Acara penyampaian anugerah tersebut diadakan di Hotel Majestic pada 27 Mac 2019 yang lalu dalam Majlis Makan Malam Gala The BrandLaureate. En. Tan Keng Kang (KK Tan), Pengarah Urusan Kumpulan Hai-O menerima anugerah tersebut daripada Dr. KK Johan, Presiden The BrandLaureate dan Tan Sri Rainer Althoff, Pengerusi The BrandLaureate. 


(Dari kanan) Tan Sri Rainer Althoff, Tan Keng Kang, Dr. KK Johan dan Dato’ Robert Wong

Dalam ucapannya, En. KK Tan mengucapkan jutaan terima kasih kepada para usahawan, pelanggan dan kakitangan Sahajidah Hai-O Marketing atas sokongan dan komitmen mereka selama ini yang mewajarkan Min Kaffe memenangi anugerah tersebut. Tegas beliau, “Kemenangan ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan dan komitmen daripada usahawan, pelanggan dan kakitangan SHOM. Saya berasa bangga kerana Min Kaffe menerima pengikitirafan dan anugerah yang layak dimenanginya kerana keistimewaannya sebagai kopi bertaraf premium, mempunyai rasa yang unik dan mengandungi garam buluh”.  

Anugerah The BrandLaureate diilham dan dianjurkan oleh Pertubuhan Jenama Asia Pasifik (APBF), sebuah pertubuhan bukan bermotifkan keuntungan yang ditubuhkan pada tahun 2005. Pertubuhan ini komited membangunkan jenama dalam pelbagai bidang perniagaan. Menariknya, ia adalah satu-satunya Jenama dan Anugerah Jenama yang diperkenan oleh DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong yang ke-13.  

APBF giat menjalankan pelbagai usaha dan inisiatif menerusi program The BrandLaureate selari dengan misinya yang menyokong pembangunan jenama dengan menganjurkan Anugerah BrandLaureate Best Brands PKS. 

“Anugerah ini adalah bukti perakuan dan pengiktirafan terhadap usaha berterusan yang dilakukan oleh Syarikat dalam memastikan ketinggian mutu Min Kaffe sentiasa dikekalkan. Sesungguhnya anugerah ini mendorong Syarikat untuk terus menjalankan penyelidikan yang telah dimulakan bertahun-tahun yang lalu untuk menambahbaik Min Kaffe. Saya percaya bahawa Min Kaffe adalah satu-satunya produk kopi yang paling unik dan inovatif di pasaran. Oleh itu saya berharap Min Kaffe akan lebih dikenali dan diterima oleh masyarakat dan mendapat lebih banyak pengiktirafan pada masa akan datang,” ujar En. Tan lagi.   

Min Kaffe yang diperbuat daripada kopi robusta dan garam buluh asli menyediakan sumber magnesium yang boleh membantu menggalakkan penyerapan kalsium dan penghasilan tenaga. Rasa enaknya telah menambat hati penggemar kopi semenjak ia diperkenalkan pada tahun 2008 dengan pasaran yang menjangkau ke seluruh negara serta Singapura, Negara Brunei Darussalam dan Indonesia. 

F