MIN KAFFE PANNA COTTA

 

PANNA COTTA MIN KAFFE DENGAN KEPINGAN KACANG HAZEL

 

Bahan-bahan untuk Panna Cotta :

Serbuk gelatin,2,sudu kecil

Air,60,ml

Krim masakan,935,ml

Gula aising,150,gm

Esen vanilla,1,sudu kecil

Hai-O Min Kaffe,2,paket

 

Bahan - bahan untuk kepingan kacang Hazel

Gula kastor,1,cawan

Air,1/4,cawan

Hirisan Kacang Hazel,60,gm

 

Bahan -bahan untuk Krim putar :

Krim putar,200,ml

Gula aising,1,sdk

 

Cara penyediaan Panna Cotta :

 

1. Campurkan gelatin dengan 60ml air dan biarkan selama 5 minit.

2. Masukkan krim, gula aising, esen vanilla dan Min Kaffe ke dalam periuk dan kacau dengan api sederhana perlahan hingga larut.

3. Masukkan campuran gelatin, perlahankan api dan kacau hingga gelatin larut.

4. Setelah itu angkat dan tapiskan ke dalam jug.

5. Tuangkan campuran tadi ke dalam gelas atau acuan.

6. Sejukkan lebih kurang 6 jam atau semalaman.

 

Cara membuat Kepingan Kacang Hazel:

 

1. Panaskan gula dan air di dalam periuk dengan menggunakan api perlahan

sehingga gula bertukar warna.

2. Kemudian, masukkan kacang hazel cincang dan pusing-pusingkan kuali supaya ia melekat rata dan sebati bersama gula.

3. Kemudian tuang ke atas kertas pembakar/penyerap.

4. Biarkan sejuk.

 

Cara membut krim putar:

 

1. Putar krim dan gula aising menggunakan pengisar elektrik. Mulakan dengan kelajuan rendah dan naikkan kelajuan secara perlahan-lahan sehingga mencapai tahap 'soft peak' apabila krim baru sahaja mencapai tahap “melekap (just cling)” iaitu krim masih melekat pada pengadun apabila pengadun diangkat.

2. Masukkan krim putar ke dalam beg paip bermuncung Bintang.

 

Untuk menghidang :

 

Paipkan krim putar ke atas panna cotta dan taburkan kepingan kacang

hazel atasnya.