MIN KAFFE TIRAMISU

 <iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/cp3KcFDjSY4" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

TIRAMISU MIN KAFFE

 

Bahan-bahan yang diperlukan :

 

Hai-O Min Kaffe,1, paket

Air panas,1,cawan

Esen vanilla ,1,sdk

Telur kuning,3,biji

Gula kastor,1/4,cawan

Keju mascarpone,250,gm

Gula aising,1/4,cawan

Krim putar,175,ml

Biskut Italian ladyfingers,18-20,keping

Serbuk koko untuk hiasan

Bar coklat untuk hiasan

 

Untuk penyediaan :

 

1. Bancuh Min Kaffe dengan air panas di dalam mangkuk hingga larut. Kacau sebati dan biarkan sejuk.

 

2 .Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Pukul telur kuning dan gula kastor di atasnya - menggunakan kaedah double boiler. Ketepikan dahulu.

 

3. Pukul krim putar, gula aising dan esen vanilla hingga menjadi “soft peak” – apabila adunan mula memekat tetapi tidak terlalu kental.

 

4. Di dalam mangkuk yang lain, campurkan keju mascarpone, bancuhan telur dan bancuhan krim putar. Kacau hingga rata.

 

5. Celup biskut Italian Ladyfingers ke dalam bancuhan Min Kaffe dan susun di dalam

dulang pembakar. Tuangkan campuran keju dan ratakan menutupi semua biskut Italian Ladyfingers yang telah disusun. Sejukkan di dalam peti ais selama kira-kira 4 jam.

 

6. Hiaskan dengan kepingan coklat yang dihiris/diracik bersama-sama taburan serbuk coklat.

 

7. Min Kaffe Tiramisu sedia untuk dihidang.